Jika Ada Rezeki Memang Saya Mahu Ke Sana Untuk Membuang Tatu Ini - Ammar Alfian


Pelakon lelaki yang terkenal dengan imej nakal, Ammar Alfian mengakui mempunyai tatu di bahagian bahu yang dibuatnya beberapa tahun lalu.

Dia berkata tindakan itu dilakukan selepas kecewa hubungan cintanya dengan seorang pelakon wanita terputus di tengah jalan.




Ammar dilihat kerap memuatnaik gambar yang menampakkan tatu di laman Instagramnya.

“Tatu di dada dan bahu saya itu dibuat selepas putus cinta dengan seorang pelakon kira-kira dua tahun lalu. Niat saya memuat naik gambar dalam keadaan begitu kerana itu adalah diri saya. Inilah kehidupan saya. Saya tidak perlu menjadi orang lain demi menjaga hati orang lain,” jelasnya memetik Rotikaya.

Ammar memberitahu mempunyai niat untuk membuang tatu tersebut tetapi belum ada kesempatan untuk berbuat demikian.

“Mereka turut menyarankan saya melakukannya di Amerika Syarikat kerana di sana kaedahnya lebih bagus tanpa sebarang kesan parut. Jika ada rezeki memang saya mahu ke sana untuk membuang tatu ini,” ujarnya.-kainkembang

Artikel Berkaitan

GOSSIP 5498668126075768336

Post a Comment

emo-but-icon

Popular

Arkib

Like Dan Dapatkan
Info Berita Terkini
item